Dalam membicarakan sejarah masuk dan berkembangnya agama Islam di Nusantara dan Asia Tenggara, fokus
kajiannya
tentu saja bermula dari Aceh. Kerana dalam banyak kajian sejarah telah
disepakati bahawa Aceh adalah daerah pertama bertapaknya agama Islam
yang kemudian berkembang ke wilayah-wilayah di Nusantara dan Asia
Tenggara. Oleh kerana itu, dalam kita membicarakan sejarah masuknya
Islam ke Aceh, Nusantara dan AsiaTenggara, setidaknya ada lima masalah
pokok yang harus menjad i kajian kita lebih dulu. Pertama, dari mana tempat asal kedatangan agama Islam ke Aceh yang kemudian berkembang di Nusantara dan Asia Tenggara. Kedua, daerah yang mula-mula agama Islam masuk ke Aceh hingga berdirinya kerajaan Islam pertama di Aceh. Ketiga, Bilakah Islam pertama